Home / Persekitaran & Penguatkuasaan


 

I) UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUM (KMAM)

 Objektif:

  • Meningkatkan taraf kesihatan orang ramai demgam memastikan air minum yang di bekalkan adalah selamat dan boleh diterima oleh  pengguna.
  • Untuk mencapai objektif ini semua , bekalan air awam mestilah dikawal supaya semua kekurangan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan dibetulkan sebelum berlaku wabak penyakit dan keracunan.

  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

  • Merancang aktiviti - aktiviti di bawah program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) di daerah , termasuk perancangan perbelanjaan peruntukan dan penyenggaraan peralatan ujian mitu air minum.
  • Menjalankan analisis dan penilaian ke atas data dan maklumat yang diperolehi dari aktiviti pengawasan mutu air minum.
  • Menjalankan Penyiasatan masalah mutu air minum dan mencadangkan syor-syor kepada pihak pembekal air awam/persendirian untuk mengatasi atau mengurangkan masalah mutu air minum.
  • Menjalankan penyiasatan ke atas aduan orang ramai serta melaksanakan aktiviti penyelidikan.
  • Menyediakan laporan bulanan dan laporan-laporan lain berkenaan aktiviti-aktiviti di bawah program KMAM untuk dikemukakan di Jabatan Kesihatan Negeri.

 II) UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (UKKM)

  Objektif :

Untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang dijual di  Putrajaya adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :

  • Menjalankan pemeriksaan premis-premis makanan yangbterdapat di sekitar Putrajaya
  • Memastikan premis makanan y6ang tidak melepasi penilaian 50% ditutup selama 14 hari atau sehingga dibersihkan atau mana-mana yang terdahulu.
  • Menjalankan persempelan makanan untuk memastikan makanana yang dijual kepada orang awam adalah selamat.
  • Menjalankan Penyiasatan ke atar aduanyang diterima berkaitan dengan keselamtan makanan.
  • Menjalankan kempen dan kursus pengendali makanan kepada pengendali -pengendali makanan yang terdapat di sekitar Putrajaya
  • Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan seperti ceramah dan pengedaran risalah berkaitan dengan keselamatan makanan.
  • Menjalankan pengawasan terhadap keselamatan makanan pada persidangan antarabangsa yang dijalankan di putrajaya

III) UNIT PENYIASATAN & PENDAKWAAN ( UPP )

 Objektif :

  • Merancang,menyelaras dann melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dengan mengambil tindakan ke atas pelanggaran undang-undang kesihatan awam
  • Menyediakan kertas siasatan,kertas pertuduhan dan sebagainya yang berkaitan dengan pendakwaan di mahkamah untuk diserahkan kepada Pegawai Pendakwa.
  • Menjalankan penyiasatan dan risikan bagi kes untuk memperkukuhkan aktiviti pendakwaan terhadap mana-mana kesalahan di bawah undang-undang kesihatan awam.Menguruskan data-data berkaitan dengan pengeluaran kompaun,rekod pegawai berkuasa,barang kes dan reten-reten aktiviti penguatkusaan.

 Aktiviti yang dijalankan.

  • Memastikan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan lain-lain Undang-Undang yang berkaitan dengan Kesihatan Awam akan dibawa ke Mahkamah
  • Menjalankan Penyiasatan melalui aduan daripada orang awam
  • Menjalankan pendakwaan kes di Mahkamah
  • Melibatkan diri dalam operasi Tangkapan dan Penguatkuasaan di bawah Peraturan - Peraturan Hasil Tembakau 2004.
  • Mengendalikan kursus/taklimat perundangan.
  • wakil Jabatan untuk mendapatkan nasihat dari pihak Timbalan Pendakwaraya dan Pihak Mahkamah.

Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya

http://pkpj.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=53