Home / Piagam Pelanggan


 

 

PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT KESIHATAN
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

 

Bagi menyediakan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, saksama, mudah capai serta mesra pelanggan, maka kami berjanji akan melaksanakannya seperti berikut:

Unit Kesihatan Keluarga: 

  • Memberi perkhidmatan kepada pelanggan mengikut keperluan dan jenis perkhidmatan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Menyampaikan perkhidmatan dengan memberi kepuasan kepada pelanggan.
  • 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit.

 Unit Kawalan Penyakit dan Pendidikan Kesihatan 

  • Menyiasat kejadian penyakit berjangkit dalam masa 48 jam selepas notifikasi diterima.
  • Memulakan tindakan kawalan dan pencegahan dalam masa 24 jam selepas kejadian wabak disahkan.
  • Melaksanakan promosi kesihatan dalam masyarakat (dialog/ceramah/gotong-royong) dalam tempoh 2 minggu sesuatu wabak berlaku di lokaliti yang berkenaan.

 Unit Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasaan 

  • Membuat pensampelan makanan mengikut jadual.
  • Membuat pensampelan air minum mengikut jadual. 
  • Menilai tahap kebersihan semua premis makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap semua pelanggaran undang-undang kesihatan dalam tempoh 2 minggu bekerja.

 Pengurusan Kesihatan Awam 

  • Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan awam dalam tempoh 2 minggu selepas aduan diterima.
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.
  • Menjelaskan bil dan tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pengesahan kelulusan pembayaran.

  Kesihatan Pergigian 

  • 70% pesakit luar dipanggil untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Pergigian dalam tempoh 30 minit.
  • 90% pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diberikan.
 

Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya

http://pkpj.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=31