Home / Kawalan Penyakit


 

I) UNIT KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

Objektif :

Untuk mengurangkan kejadian (morbiditi) dan (mortaliti) akibat penyakit-penyakit bawaan vektor seperti demam denggi , demam malaria , Japenese , encephalitis dan sebagainya.

Aktiviti - aktiviti yang di jalankan :

  • Menjalankan penyiasatan kejadian kes-kes penyakit bawaan vektor.
  • Menjalankan kerja-kerja kawalan dan pencegahan penyakit -penyakit bawaan vektor di 20 buah presint di Putrajaya seperti semburan thermal.semburan kabus dan penyemburan ubat pembunuh jentik-jentik.
  • Mejalankan pemeriksaan jentik-jentik di seluruh kawasan Putrajaya untuk mengenalpasti tempat-tempat yang mempunyai pembiakan jentik-jentik.
  • Menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
  • Menjalankan kawalan dan pemantauan aktiviti kawalan vektor sempena persidangan yang di jalankan di Putrajaya.
  • Menjalankan pemantauan aktiviti kawalan denggi oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Menjalankan pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat , contohnya mengadakan ceramah dan pameran.

 

II) UNIT PENYAKIT BERJANGKIT

Objektif :

Meningkatkan tahap kesihatan orang awam melalui pencegahan dan kawalan terhadap kejadian penyakit berjangkit  dengan menghapuskan wabak, memutuskan rangkaian jangkitan dan menentukan punca jangkitan supaya dapat mengurangkanmorbiditi dan mortaliti.

Aktiviti -aktiviti yang dijalankan.

  • Menerima dan menjalankan penyelian terhadap notifikasi penyakit berjangkit , mengambil tindakan dan menguatkuasakan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  • Menjalankan siasatan dan tindakan pencegahan dan kawalan ke atas kes-kes penyakit berjangkit
  • Menyediakan laporan harian , mingguan , bulanan , suku tahun , setengah tahun dan tahunan serta menyediakan laporan khas kejadian wabak , keracunan Makanan, kajian epidemiologi dan penyakit re-emerging
  • Menyelia dan menjalankan tugas-tugas menguruskan kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit di hospital dan di rumah dan mengendalikan mayat yang hendak diekspiot ke luar negara.
  • Menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas di bawah program TBIS dan CDCIS.

 

III) UNIT KESELAMATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR

Objektif : 

Mewujudkan persekitaran yang sihat dan terbaik kepada masyarakat, mengelakan kecau ganggu daripada berlaku di Putrajaya, menyiasat aduan yang di buat kepada Pejabat Kesihatan Putrajaya

Aktiviti -aktiviti yang dijalankan

  • Menjalankan pemeriksaan taska dan menyediakan laporan
  • Menjalankan Pemeriksaan Tadika dan menyediakan laporan
  • Menjalankan Pemeriksaan Sekolah dan menyediakan laporan 
  • Menjalankan Pemeriksaan Lokap  dan menyediakan laporan
  • Menyiasat kejadian kacauganggu dan menyediakan laporan
  • Menyiasat aduan kesihatan awam yang di laporkan kepafa PKPJ dan menyediakan laporan
  • Melaporkan aktiviti yang dijalankan oleh unit keselamatan pekerjaan dan Alam Sekitar.
  • Membantu menjalankan aktiviti kajian anjuran KKM, menyediakan dan megemaskini rekod-rekod , graf dan carta.
  • Bertanggungjawab untuk memesan , meyimpan dak keselamatan peralatan / keperluan bagi menjalankan aktiviti keselamatan pekerjaan dan Alam Sekitar.
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan berkaitan dengan akativiti pendidikan kesihatan.

 

IV) UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

Objektif :

Memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai penjagaan dan meningkatkan taraf kesihatan kepada masyarakat, memberi penerangan , mengedarkan risalah , poster dan maklumat terkini mengenai kesihatan kepada masyarakat.

Aktiviti -aktiviti yang dijalankan

  • Menjalankan Pameran
  • Menjalankan kuiz
  • Menjalankan ceramah
  • Menjalankan kempen-kempen kesihatan
  • Pengedaran risalah dan poster
  • Menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai kesihatan kepada masyarakat.
  • Menyelaras laporan bulanan daripada unit lain untuk di laporkan kepada JKWL
  • Menyelia aktiviti pendidikan kesihatan
  • Membantu KKPK dalam menjalankan aktiviti pendidikannkesihatan
  • Menyediakan peralatan pendidikan kesihatan seperti poster , risalah,buku panduan/buku prosedur dan alat pandang dengar.
  • Menyediakan dan mengemaskini rekod-rekod ,graf, carta dan laporan mengenai aktiviti pendidikan kesihatan
  • Bertanggungjawab untuk memesan , meyimpan dan keselamatan peralatan/keperluan bagi menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan berkaitan dengan aktiviti pebdidikan kesihatan.

Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya

http://pkpj.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=23