Home / Piagam Pelanggan

 

 

PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT KESIHATAN
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

 

Bagi menyediakan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, saksama, mudah capai serta mesra pelanggan, maka kami berjanji akan melaksanakannya seperti berikut:

Unit Kesihatan Keluarga: 

  • Memberi perkhidmatan kepada pelanggan mengikut keperluan dan jenis perkhidmatan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Menyampaikan perkhidmatan dengan memberi kepuasan kepada pelanggan.
  • 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit.

 Unit Kawalan Penyakit dan Pendidikan Kesihatan 

  • Menyiasat kejadian penyakit berjangkit dalam masa 48 jam selepas notifikasi diterima.
  • Memulakan tindakan kawalan dan pencegahan dalam masa 24 jam selepas kejadian wabak disahkan.
  • Melaksanakan promosi kesihatan dalam masyarakat (dialog/ceramah/gotong-royong) dalam tempoh 2 minggu sesuatu wabak berlaku di lokaliti yang berkenaan.

 Unit Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasaan 

  • Membuat pensampelan makanan mengikut jadual.
  • Membuat pensampelan air minum mengikut jadual. 
  • Menilai tahap kebersihan semua premis makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap semua pelanggaran undang-undang kesihatan dalam tempoh 2 minggu bekerja.

 Pengurusan Kesihatan Awam 

  • Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan awam dalam tempoh 2 minggu selepas aduan diterima.
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.
  • Menjelaskan bil dan tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pengesahan kelulusan pembayaran.

  Kesihatan Pergigian 

  • 70% pesakit luar dipanggil untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Pergigian dalam tempoh 30 minit.
  • 90% pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diberikan.
 
Prepare to print

Paparan Terbaik Menggunakan Mozilla Firefox 3.5 above Dengan Resolusi 1024x768 Pixel

Masa Capaian 0.0015 seconds

PENAFIAN

Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Putrajaya adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

DISCLAIMER

The Ministry of Health Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Peta Laman