Home /
Kawalan Penyakit
I) UNIT KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
Objektif :
Untuk mengurangkan kejadian (morbiditi) dan (mortaliti) akibat penyakit-penyakit bawaan vektor seperti demam denggi , demam malaria , Japenese , encephalitis dan sebagainya.
Aktiviti - aktiviti yang di jalankan :
- Menjalankan penyiasatan kejadian kes-kes penyakit bawaan vektor.
- Menjalankan kerja-kerja kawalan dan pencegahan penyakit -penyakit bawaan vektor di 20 buah presint di Putrajaya seperti semburan thermal.semburan kabus dan penyemburan ubat pembunuh jentik-jentik.
- Mejalankan pemeriksaan jentik-jentik di seluruh kawasan Putrajaya untuk mengenalpasti tempat-tempat yang mempunyai pembiakan jentik-jentik.
- Menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
- Menjalankan kawalan dan pemantauan aktiviti kawalan vektor sempena persidangan yang di jalankan di Putrajaya.
- Menjalankan pemantauan aktiviti kawalan denggi oleh pihak berkuasa tempatan.
- Menjalankan pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat , contohnya mengadakan ceramah dan pameran.
II) UNIT PENYAKIT BERJANGKIT
Objektif :
Meningkatkan tahap kesihatan orang awam melalui pencegahan dan kawalan terhadap kejadian penyakit berjangkit dengan menghapuskan wabak, memutuskan rangkaian jangkitan dan menentukan punca jangkitan supaya dapat mengurangkanmorbiditi dan mortaliti.
Aktiviti -aktiviti yang dijalankan.
- Menerima dan menjalankan penyelian terhadap notifikasi penyakit berjangkit , mengambil tindakan dan menguatkuasakan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Menjalankan siasatan dan tindakan pencegahan dan kawalan ke atas kes-kes penyakit berjangkit
- Menyediakan laporan harian , mingguan , bulanan , suku tahun , setengah tahun dan tahunan serta menyediakan laporan khas kejadian wabak , keracunan Makanan, kajian epidemiologi dan penyakit re-emerging
- Menyelia dan menjalankan tugas-tugas menguruskan kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit di hospital dan di rumah dan mengendalikan mayat yang hendak diekspiot ke luar negara.
- Menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas di bawah program TBIS dan CDCIS.
III) UNIT KESELAMATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR
Objektif :
Mewujudkan persekitaran yang sihat dan terbaik kepada masyarakat, mengelakan kecau ganggu daripada berlaku di Putrajaya, menyiasat aduan yang di buat kepada Pejabat Kesihatan Putrajaya
Aktiviti -aktiviti yang dijalankan
- Menjalankan pemeriksaan taska dan menyediakan laporan
- Menjalankan Pemeriksaan Tadika dan menyediakan laporan
- Menjalankan Pemeriksaan Sekolah dan menyediakan laporan
- Menjalankan Pemeriksaan Lokap dan menyediakan laporan
- Menyiasat kejadian kacauganggu dan menyediakan laporan
- Menyiasat aduan kesihatan awam yang di laporkan kepafa PKPJ dan menyediakan laporan
- Melaporkan aktiviti yang dijalankan oleh unit keselamatan pekerjaan dan Alam Sekitar.
- Membantu menjalankan aktiviti kajian anjuran KKM, menyediakan dan megemaskini rekod-rekod , graf dan carta.
- Bertanggungjawab untuk memesan , meyimpan dak keselamatan peralatan / keperluan bagi menjalankan aktiviti keselamatan pekerjaan dan Alam Sekitar.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan berkaitan dengan akativiti pendidikan kesihatan.
IV) UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
Objektif :
Memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai penjagaan dan meningkatkan taraf kesihatan kepada masyarakat, memberi penerangan , mengedarkan risalah , poster dan maklumat terkini mengenai kesihatan kepada masyarakat.
Aktiviti -aktiviti yang dijalankan
- Menjalankan Pameran
- Menjalankan kuiz
- Menjalankan ceramah
- Menjalankan kempen-kempen kesihatan
- Pengedaran risalah dan poster
- Menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai kesihatan kepada masyarakat.
- Menyelaras laporan bulanan daripada unit lain untuk di laporkan kepada JKWL
- Menyelia aktiviti pendidikan kesihatan
- Membantu KKPK dalam menjalankan aktiviti pendidikannkesihatan
- Menyediakan peralatan pendidikan kesihatan seperti poster , risalah,buku panduan/buku prosedur dan alat pandang dengar.
- Menyediakan dan mengemaskini rekod-rekod ,graf, carta dan laporan mengenai aktiviti pendidikan kesihatan
- Bertanggungjawab untuk memesan , meyimpan dan keselamatan peralatan/keperluan bagi menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan berkaitan dengan aktiviti pebdidikan kesihatan.